Sarawak akan tetap guna Ringgit Malaysia – Abang Johari

KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata Sarawak tidak akan menggunakan mata wang sendiri, sebaliknya tetap menggunakan Ringgit Malaysia (RM).

Beliau berkata, isu penggunaan mata wang sendiri yang dibayangkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi itu sekadar pandangan peribadi.

Katanya, penggunaan mata wang sendiri di Sarawak adalah isu yang cukup rumit dan perlu penelitian khusus.



“Tak tahulah, itu sekadar pandangan peribadi Nanta. Kita sudah ada mata wang Malaysia, jadi kita kena ikutlah (gunakan mata wang Malaysia),” katanya selepas merasmikan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Auditorium Muzium Kebudayaan Borneo, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nanta yang membayangkan kemungkinan Sarawak bakal memperkenalkan mata wang sendiri susulan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia.

Ahli Parlimen Kapit yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu membayangkan perkara itu dalam siaran podcast bertajuk ‘Dari Malaya ke Malaysia: 60 tahun’ semalam.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), Nanta berkata, pengenalan mata wang Sarawak antara langkah boleh dipertimbangkan jika keadaan ekonomi negara yang kurang memberangsangkan ini berterusan.



Beliau berkata, jika ekonomi Sarawak begitu baik namun ekonomi negara sebaliknya, mungkin Sarawak akan mempunyai mata wang sendiri.

Namun, Nanta berharap orang ramai tidak menggelarnya pengkhianat negara kerana beliau bercakap dengan serius berhubung perkara itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker