Guru dapat tambahan Cuti Rehat Khas lima hari
Guru dapat tambahan Cuti Rehat Khas lima hari
Kerajaan memberikan tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tambahan Cuti Rehat Khas itu akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru.
“Cuti ini bagi urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru mengumpul jumlah Gantian Cuti Rehat (GCR) yang lebih tinggi,” katanya dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awan ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Perdana Menteri turut mengumumkan perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.
“Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak saja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian membabitkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam,” katanya. BH
Guru dapat tambahan Cuti Rehat Khas lima hari
Baca Artikel Menarik:
- Kapal selam berperisai gaya Batman ditawar pada harga RM6.8 juta
- Yang suka buat penafian bukan UMNO tapi pemimpin PKR – Puad
- Lelaki samun, belasah wanita ditahan tak sampai 24 jam
- Najib tak pernah minta kes digugurkan, hanya perlu keadilan – Zaid
- Mohon maaf atau kami saman, Zaid dan rakan kongsi beritahu presiden Badan Peguam
- Fadli kata boleh anjur konsert antarabangsa di negeri PAS tapi…
- Bakal pengantin dipanah petir ketika sedang bergambar
- Azalina bukan kritik PM, hanya pandangan peribadi yang ikhlas
- Pengantin baharu diberkas langgan pelacur ketika bulan madu
- Petisyen mohon pengampunan diraja untuk Najib dilancar
- Mahathir, Anwar bukan pilihan terbaik untuk Malaysia
- Adegan cium, Lizzy lakukan tanpa teknik kamera
- Kamu buat petisyen ampun Anwar, rakyat tak kecewakah, Saarani sindir Mahathir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba