2025 bakal jadi tahun gemilang- Tunku Ismail

2025 bakal jadi tahun gemilang- Tunku Ismail

2025 bakal jadi tahun gemilang- Tunku Ismail
PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail. -FOTO Arkib

Kuala Lumpur: Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan bakal berlaku lebih banyak kejutan sepanjang tempoh 2025.

Baginda yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi Instagramnya memaklumkan bahawa projek revolusi Harimau Malaya turut membabitkan nilai komersil, aset dan infrastruktur sekali gus memberi bayangan bahawa skuad kebangsaan bakal berada di tahap tertinggi kelak.

“Sesuatu yang besar bakal berlaku. Jikalau anda rasa apa yang saya lakukan untuk JDT selama ini hebat. Tunggu dan lihat apa yang akan saya lakukan selepas ini.

“Peningkatan dalam setiap aspek. Nilai komersial, aset, infrastruktur terbaik, sejarah dan juga kejayaan.

“Empayar kita. 2025 bakal menjadi tahun yang gemilang dan tidak disangka-sangka. Ini adalah permulaan bagi era legasi,” tulis Tunku Ismail.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


Mengikut rekod, era baharu Harimau Malaya bermula pertengahan bulan lalu apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Peter Cklamovski dari Australia sebagai ketua jurulatih kebangsaan manakala Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan yang akan berkuat kuasa, hari ini.

Terbaharu, Robert Douglas Friend diumumkan pula mengisi jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya seterusnya hampir melengkapkan sistem pengurusan pasukan kebangsaan.

Berdasarkan profil dimilikinya, Rob Friend hadir dengan portfolio hebat dalam usaha untuk membantu membawa skuad Harimau Malaya ke tahap lebih tinggi .

Selain itu, Tunku Ismail yang juga ‘mastermind’ kepada era baharu Harimau Malaya turut aktif memainkan peranan bertemu beberapa tokoh dalam bidang bola sepak dan korporat seperti Presiden Paris Saint-Germain FC, Nasser Al-Khelaifi dan CEO Qatar Airways, Badr Mohammed Al-Meer.

2025 bakal jadi tahun gemilang- Tunku Ismail

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker