Fernandez enggan ulang kesilapan

Fernandez enggan ulang kesilapan

Fernandez enggan ulang kesilapan
RAUL Fernandez. FOTO Agensi

London: Raul Fernandez akui enggan mengulangi kesilapan sama seperti musim lalu yang menyebabkan dirinya hilang cengkaman merebut Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Pada musim lalu, Fernandez mengungguli saingan MotoGP dengan cemerlang khususnya di awal musim namun kesilapan menukar jentera menyaksikan kedudukanya semakin ketinggalan.

Dia yang menggunakan jentera Aprilia 2023 bertindak menukar kepada jentera 2024 di pertengahan musim, yang akhirnya memakan diri.

“Diakhirnya agak sukar untuk menyesuaikan diri. Jentera yang digunakan tidak menunjukkan perkembangan positif.

“Malah prestasi jentera semakin merosot. Kami terlalu menumpukan kepada aspek kejuruteraan, sehingga mengabaikan perkara lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


“Jadi kami akan memberi fokus terhadap jentera yang bakal digunakan untuk 2025 ini, dan cuba mengatasi kelemahan sebelum memulakan musim baharu,” katanya.

Fernandez kekal bersama pasukan Trackhouse sehingga 2027 dan dia bakal berlumba bersama juara Moto2, Ai Ogura sepanjang musim 2025 ini.

Fernandez enggan ulang kesilapan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker