Kyrgios sedia hangatkan Terbuka Australia

Kyrgios sedia hangatkan Terbuka Australia

Kyrgios sedia hangatkan Terbuka Australia
KYRGIOS akan mula beraksi di Terbuka Australia selepas berehat 12 bulan kerana kecederaan. – FOTO AFP

London: Nick Kyrgios sudah bersedia untuk kembali beraksi di Terbuka Australia selepas mengalami masalah kesihatan sebelum ini.

Katanya, walaupun tewas di saingan Antarabangsa Brisbane semalam, dia tetap optimis mampu mengembalikan sentuhannya di tahap terbaik sebelum bermulanya Terbuka Australia, minggu hadapan.

Kyrgios tumbang kepada Giovanni Mpetshi Perricard dari Perancis dengan 7-6 (2), 6-7 (4), 7-6 (3) di saingan Antarabangsa Brisbane itu.

“Selepas perlawanan hari ini (semalam), saya sangat teruja untuk beraksi di Terbuka Australia. Jika saya boleh bermain di sini, saya boleh bermain (di Terbuka Australia),” kata Kyrgios.

“Walaupun tewas, saya tetap berpuas hati dengan prestasi saya. Bukan mudah untuk bermain di Terbuka Australia, namun saya yakin dapat memberi aksi terbaik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


“Kesakitan di pergelangan tangan masih terasa tetapi ia tidak menganggu fokus dan tumpuan saya,” katanya.

Kyrgios yang juga pemain Australia kembali ke aksi peringkat jelajah selepas berehat lebih 18 bulan berikutan kecederaan lutut, jari kaki dan pergelangan tangan, mempamerkan aksi terbaik saingan Antarabangsa Brisbane.

Mengulas lanjut, Kyrgios tetap dengan hasratnya untuk bertemu dengan pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner di Terbuka Australia nanti dan sedia menewaskan Sinner.

Kyrgios sedia hangatkan Terbuka Australia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker