Chebet pecah rekod dunia lagi
Chebet pecah rekod dunia lagi
Barcelona: Pemenang dua kali Olimpik, Beatrice Chebet menutup tahun 2024 dengan bergaya apabila melakar rekod baharu dunia dalam acara larian 5 kilometer (5km) Wanita di Barcelona, semalam.
Kejayaan atlet kelahiran Kenya menyaksikan dia meleburkan rekod lama miliknya sendiri sekali gus muncul Wanita pertama yang mencatat masa di bawah 14 minit.
Chebet yang mendapat sokongan padu daripada ahli keluarga dan rakan menutup tahun 2024 dengan penuh kejayaan termasuk kemenangan dalam acara 5,000 meter (m) dan 10,000m di Sukan Olimpik, Paris, Ogos lalu.
“Saya sangat gembira apabila semuanya mengikut perancangan yang dirancang,” katanya.
“Dua kali bersaing di Barcelona dan dua rekod dunia (tahun lalu dalam acara sama di Barcelona), apa lagi yang saya mahukan?,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Katanya lagi, dia akan kembali lebih bersedia menjelang Kejohanan Dunia di Tokyo pada 2025 ini, di mana Chebet mahu bersaing dalam kedua-dua acara kegemarannya 5,000m dan 10,000m.
Chebet pecah rekod dunia lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
You must be logged in to post a comment.