Rob Friend perlu faham budaya bola sepak Malaysia

Rob Friend perlu faham budaya bola sepak Malaysia

Rob Friend perlu faham budaya bola sepak Malaysia
ROBERT Douglas Friend. FOTO Agensi

Kuala Lumpur: Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Robert Douglas Friend perlu memahami budaya bola sepak tanah air sebelum melakukan perubahan atau revolusi membabitkan skuad kebangsaan.

Pemerhati bola sepak tempatan, Sulaiman Hussin berkata, Rob Friend memerlukan penasihat yang berkaliber bagi memberi pandangan dan idea membabitkan sejarah serta senario bola sepak negara bagi memastikan segala perubahan yang dilakukan pada masa akan datang berjalan lancar.

Beliau berkata, Rob Friend yang berpengalaman luas dalam pengurusan bola sepak juga perlu menjelaskan perancangan jangka pendek dan panjang dalam usaha membawa skuad kebangsaan ke tahap tertinggi.

“Pertama sekali adalah CEO Harimau Malaya perlu merancang sesuatu yang besar iaitu bukan hanya semata-mata mencari pemain untuk skuad kebangsaan saja.

“Rob Friend juga perlu memahami budaya bola sepak Malaysia kerana sudah pastinya tidak sama di Eropah. Perkara itu penting jika mahu mengubah landskap bola sepak negara ke arah lebih profesional.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


Sebelum itu, teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob Friend dari Kanada diumumkan sebagai CEO skuad kebangsaan.

Menerusi kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan bahawa Rob Friend yang juga bekas pemain menjadi peneraju utama dalam struktur organisasi baharu bagi revolusi skuad Harimau Malaya.

Sebagai rekod, Rob Friend beraksi di posisi penyerang dengan antara kelab yang pernah diwakilinya ialah kelab Norway, Moss FC dan Molde FK, kelab Jerman, Borussia Monchengladbach, Hertha Berlin, Eintracht Frankfurt dan 1860 Munich serta kelab Amerika Syarikat, LA Galaxy pada 2014.

Sulaiman berkata, ketika ini sudah pastinya penyokong bola sepak negara menantikan hasil ‘air tangan’ CEO Harimau Malaya dengan mengharapkan mampu melakukan perubahan secara menyeluruh.

“CEO Harimau Malaya mempunyai tugas besar kerana peranannya juga membentuk pemain supaya lebih profesional dan sentiasa meningkatkan kualiti permainan demi memastikan tempat mereka dalam skuad kebangsaan,” katanya.

Rob Friend perlu faham budaya bola sepak Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker