Mayat wanita di hotel bajet

Mayat wanita di hotel bajet

Mayat wanita di hotel bajet
Polis menutup laluan masuk ke hotel bajet lokasi mayat wanita ditemui. – NSTP/Mohd Haris Fadhli Mohd Fadzil.

SERDANG: Seorang wanita ditemui mati di sebuah hotel bajet di sekitar Bandar Kinrara, di sini, malam tadi.

Difahamkan, mayat ditemui pihak hotel yang kemudian membuat laporan kepada pihak polis kira-kira 9 malam.

Beberapa penduduk yang tinggal berhampiran kawasan lot kedai dijadikan hotel bajet itu ketika ditemui, memaklumkan tidak mendengar sebarang bunyi aneh.

Difahamkan, penduduk hanya menyedari kejadian itu selepas melihat kereta peronda polis (MPV) menutup jalan masuk ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan, ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Mayat wanita di hotel bajet

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker