Kes wanita dibunuh dalam bilik hotel, 2 lelaki warga asing ditahan
Kes wanita dibunuh dalam bilik hotel, 2 lelaki warga asing ditahan
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga asing kerana disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang wanita di sebuah hotel di Taman Mawar, Puchong dekat sini, malam tadi.
Mangsa yang juga dipercayai warga asing berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dalam sebuah bilik hotel terbabit.
“Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif pembunuhan serta hubungan mangsa dengan kedua-dua suspek.
“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari hingga 6 Januari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Anbalagan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Dalam pada itu, Anbalagan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu untuk tampil membantu siasatan polis.
Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Siti Zamarah Jamaludin di talian 03-80742222.
Kes wanita dibunuh dalam bilik hotel, 2 lelaki warga asing ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari
- Kamu siapa nak arahkan UMNO?
- Lim Guan Eng Perlu Duduk Diam Dan Jangan “Sebok Sebok,” Kata Puad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cabaran Terbesar Buat UMNO Pada 6 Januari Ini
- Siapa Sebenarnya Penghalang Keadilan Untuk DS Najib?
- Subjudis Atau Tidak Subjudis, Siapa Yang Keliru ?
Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan
You must be logged in to post a comment.