Lelaki jatuh sungai ketika cari durian ditemui lemas

Lelaki jatuh sungai ketika cari durian ditemui lemas

Lelaki jatuh sungai ketika cari durian ditemui lemas
Mayat Micheal Sait Lanyau ditemui terapung di Sungai Benatu, Punan Bah di Belaga hari ini. Foto ihsan JBPM

KUCHING: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari perahunya di Sungai Benatu, Punan Bah di Belaga, Isnin lalu ditemui lemas, hari ini.

Mayat mangsa, Micheal Sait Lanyau, 60, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan penduduk kampung pada jam 9.10 pagi di hilir sungai, kira-kira satu kilometer dari pos kawalan bomba (PKB).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ,(JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dilaporkan terjatuh dari perahu yang dinaikinya ketika hendak keluar mencari durian kira-kira jam 7.30 pagi, Isnin lalu.

Kejadian itu disaksikan dari jauh oleh beberapa penduduk kampung dan mereka gagal memberi bantuan apabila mangsa hilang dibawa arus deras.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenyataan Peguam Negara Menambahkan Kekeliruan


Penduduk kampung kemudian menggerakkan usaha mencarinya, namun gagal mengesan mangsa dan laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya.

JBPM menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.10 tengah hari Isnin lalu dan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga diarah ke lokasi.

Anggota bomba tiba di lokasi yang terletak kira-kira 115 kilometer dari balai melalui jalan balak dan ladang kelapa sawit mengaktifkan operasi SAR pada jam 4.40 petang Isnin sehingga mayat ditemukan, hari ini.

Selain bomba, operasi turut disertai tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), tiga kakitangan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) serta penduduk kampung.

Lelaki jatuh sungai ketika cari durian ditemui lemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Muafakat Nasional 2.0 Akan Di Gerakkan Semula Selepas 6 Januari?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker