Personaliti AI semakin diminati
Personaliti AI semakin diminati
Kebangkitan kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja mengubah industri tetapi juga mencipta ‘genre’ pempengaruh baharu yang menguasai dunia maya.
Direka bentuk untuk kelihatan dan bertindak seperti manusia, ia mengumpulkan jutaan pengikut, ‘bekerjasama’ dengan jenama global dan mempengaruhi budaya.
Ini menjadikan pempengaruh AI ini antara personaliti yang paling dicari dalam ruang pemasaran digital.
Berikut senarai sembilan pempengaruh AI popular di Instagram, berdasarkan laman web influencermarketinghub.com.
Maklumat ini dikemas kini sehingga 1 Februari 2025.

1. Lu do Magalu
Jumlah pengikut di IG: 7.5 juta
Negara asal dan tahun aktif: Brazil, 2003
Pencapaian: Lu do Magalu ialah seorang pemberi pempengaruh yang ‘bekerjasama’ dengan jenama seperti Adidas, Samsung dan McDonald’s.
Ia adalah model AI pertama dipaparkan menerusi Vogue Brazil dan diraikan kerana personalitinya yang seperti manusia, memacu jualan e-dagang dengan video ‘unboxing’.

2. Lil Miquela
Jumlah pengikut di IG: 2.6 juta
Negara asal dan tahun aktif: Amerika Syarikat, 2016
Pencapaian: Dinobatkan sebagai salah satu daripada 25 Orang Paling Berpengaruh di Internet Majalah Time. Lil Miquela ‘bekerjasama’ dengan jenama mewah seperti Prada, Givenchy dan Dior.
Ia juga ‘mengeluarkan’ ‘single’ popular dan ‘menggunakan’ platformnya untuk menyokong gerakan sosial seperti Black Lives Matter.

3. Leya Love
Jumlah pengikut di IG: 580,000
Negara asal dan tahun aktif: Switzerland, 2020
Pencapaian: ‘Penyokong’ isu alam sekitar, Leya ‘mengarang’ bersama buku laris di Amazon dan ‘bercakap’ di Sidang Kemuncak Belia Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

4. Imma
Jumlah pengikut di IG: 400, 000
Negara asal dan tahun: Jepun, 2018
Pencapaian: Imma ‘bekerjasama’ dengan jenama seperti Ikea dan Lenovo. Ia ditampilkan pada majlis penutupan Paralimpik 2020 dan Minggu Fesyen Paris, dalam pertunjukan menggabungkan fesyen dan teknologi.

5. Aitana Lopez
Jumlah pengikut di IG: 360,000
Negara asal dan tahun: Sepanyol, 2021
Pencapaian: Sebagai model maya pertama Sepanyol, Aitana bekerjasama dengan jenama seperti Olaplex dan Brandy Melville.

6. Kyra
Jumlah pengikut di IG: 280, 0000
Negara asal dan tahun: India, 2022
Pencapaian: Pemenang WhosNext2023 AI Creator of the Year, Kyra ‘bekerjasama’ dengan jenama seperti L’Oreal dan realme.
Ia meningkatkan teknologi India dan pengaruh maya di pentas global.

7. Shudu Gram
Jumlah pengikut di IG: 300,000
Negara asal dan tahun aktif: United Kingdom, 2017
Pencapaian: Supermodel digital pertama di dunia, Shudu ‘bekerjasama’ dengan jenama Balmain dan majalah Cosmopolitan.
Ia mentakrifkan semula standard kecantikan, dana mempromosikan keterangkuman dalam industri fesyen.

8. Bermuda
Jumlah pengikut di IG: 260, 000
Negara asal dan tahun aktif: Amerika Syarikat, 2016
Pencapaian: Terkenal dengan keperibadiannya yang berani, Bermuda bekerjasama dengan Chanel.

9. Milla Sofia
Jumlah pengikut di IG: 230, 000
Negara asal dan tahun aktif: Finland, 2023
Pencapaian: Milla ‘bekerjasama’ dengan jenama seperti Tyyliluuri.fi dan menyokong organisasi seperti Tabung Kanak-kanak PBB atau Unicef.
Personaliti AI semakin diminati
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Suara Rakyat Boleh Di Bisukan Tetapi Kemarahan Rakyat Akan Berpanjangan
- Adakah KK Mart Kebal Dari Undang-Undang?
- Terbukti Mahathir Kaki Gaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.