Iraola mahu penamat sempurna

Iraola mahu penamat sempurna

Iraola mahu penamat sempurna
PENJAGA gol Bournemouth Djordje Petrovic mempamerkan aksi menyelamatkan percubaan Fulham. FOTO Reuters

London: Pengendali Bournemouth, Andoni Iraola mengakui beliau mahu menamatkan tempoh tiga tahunnya bersama kelab itu dengan penuh bergaya selepas kemenangan 1-0 ke atas Fulham terus menyemarakkan impian beraksi di Eropah musim depan.

Wira Bournemouth dalam aksi di Craven Cottage itu adalah penyerang muda Brazil, Rayan yang meledak gol kemenangan pada minit ke-53 menerusi rembatan jarak jauh.

Gol itu adalah jaringan kelima liga buat pemain berusia 19 tahun itu sejak menyertai Bournemouth dari Vasco da Gama Januari lalu selain gol ketiganya dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Perlawanan turut dicemari dua kad merah apabila pemain Bournemouth, Ryan Christie dibuang padang pada minit ke-41 susulan terjahan terhadap Timothy Castagne.

Namun kelebihan pemain Fulham tidak bertahan lama apabila Joachim Andersen turut dilayangkan kad merah sebelum tamat babak pertama selepas melakukan terjahan keras ke atas Adrien Truffert.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan


Kemenangan itu meletakkan Bournemouth di tangga keenam Liga Perdana Inggeris dengan 55 mata berbaki dua perlawanan.

“Saya tidak terburu-buru membuat keputusan.

“Saya sangat fokus kepada dua baki perlawanan ini. Secara peribadi, amat besar maknanya buat saya untuk menamatkan tiga tahun yang indah ini dengan cara yang cukup baik. Selepas itu kami ada masa.

“Pemain baharu menyesuaikan diri dengan cepat. Mereka yang sudah bersama kami selama tiga musim tahu apa yang kami perlukan dalam setiap perlawanan. Kami saling memahami.

“Kumpulan teras 10 hingga 12 pemain yang berada di sini sejak tiga musim lalu banyak membantu kami dan pemain baharu juga memainkan peranan besar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Akmal Tegur Pihak Pertikai Titah Sultan Selangor, Henti Politikkan Isu


“Hari ini adalah langkah yang sangat penting tetapi kami masih perlu mengutip lebih banyak mata,” katanya kepada BBC.

Jurulatih berusia 43 tahun dari Sepanyol itu sebelum ini mengumumkan akan meninggalkan Bournemouth sebaik kontraknya tamat penghujung musim ini selepas berjaya mengubah prestasi kelab sejak mengambil alih pasukan pada 2023.

Iraola mahu penamat sempurna

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker