Carrick akui United tidak sempurna

Carrick akui United tidak sempurna

Carrick akui United tidak sempurna
AKSI antara United dan Sunderland. FOTO Reuters

London: Manchester United bernasib baik apabila berjaya membawa pulang satu mata selepas seri tanpa jaringan menentang Sunderland dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium of Light, awal pagi tadi.

United yang sudah mengesahkan kedudukan lima teratas liga mempamerkan aksi hambar sepanjang perlawanan dan hampir dihukum beberapa kali oleh tuan rumah.

Penjaga gol United, Senne Lammens muncul wira pasukan apabila melakukan beberapa aksi menyelamat penting untuk memastikan gawang skuad kendalian Michael Carrick tidak dibolosi.

Malah, United hanya mencatat percubaan tepat pertama pada masa kecederaan menerusi usaha Matheus Cunha yang berjaya diselamatkan penjaga gol Sunderland, Robin Roefs.

Carrick mengakui keputusan seri itu tetap positif meskipun persembahan anak buahnya jauh daripada memuaskan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan


“Hari ini keputusan positif dari sudut satu mata yang diraih.

“Adakah kami menjangkakan permainan sempurna? Tidak. Kami memang tidak menjangkakan aksi sempurna. Inilah hakikatnya,” katanya.

Carrick akui United tidak sempurna

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker