Gondola iringi pesta Venezia

Gondola iringi pesta Venezia

Gondola iringi pesta Venezia
VENEZIA meraikan kejayaan naik semula ke Serie A di terusan Venice. FOTO Reuters

Venice: Venezia meraikan kejayaan kembali ke Serie A dengan cara cukup unik apabila terusan bersejarah Venice bertukar menjadi ‘stadium terapung’ dipenuhi ribuan penyokong.

Juara Serie B itu mengesahkan kenaikan ke liga utama Itali lebih awal selepas seri 2-2 dengan Spezia pada 1 Mei sebelum mengesahkan kejuaraan menerusi kemenangan 2-0 ke atas Palermo semalam.

Kejayaan itu memastikan Venezia kembali ke Serie A selepas hanya semusim tersingkir.

Para pemain dan pegawai pasukan menaiki gondola utama merentasi terusan Venice sambil diiringi ratusan bot penyokong yang membanjiri laluan air bandar terkenal itu.

Penyokong berpakaian warna rasmi hijau, hitam dan oren mengibarkan bendera selain menyalakan suar bagi memeriahkan sambutan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan


Dengan latar belakang Gereja San Simeon Piccolo yang ikonik, terusan Venice hampir tidak kelihatan apabila dipenuhi bot serta lautan penyokong yang memenuhi kawasan sekitar.

Sambutan kemudian diteruskan di Piazza San Marco apabila skuad Venezia menjulang trofi Serie B di hadapan ribuan peminat di Dataran St Mark.

Venezia menamatkan musim dengan kelebihan satu mata di depan Frosinone yang turut mengesahkan tiket ke Serie A musim depan.

Gondola iringi pesta Venezia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker