Negeri Sembilan ratah Perak
Negeri Sembilan ratah Perak

Seremban: Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan berjaya melakar kemenangan keempat selepas menewaskan Perak 11-0, pada saingan Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) MHL-TNB 2026 di Stadium Hoki Seremban 2, petang tadi.
Skuad bimbingan Shaiful Azli Abd Rahman itu menguasai hampir keseluruhan perlawanan dan berjaya menyekat jentera serangan Perak untuk menjaringkan gol.
Tuan rumah sudah menemui sentuhan gol seawal minit ketiga menerusi pemain import dari India, K Vandana dan seterusnya bermula minit ke-19 hingga ke-48, mereka terus melebarkan jurang itu untuk melengkapkan kemenangan bergaya.
Pemain kebangsaan, Nuramirah Shakirah Zulkifli sekali lagi muncul peledak utama Negeri Sembilan selepas menjaringkan hatrik pada minit ke-21, 28 dan 41 untuk keseluruhan mengumpul 14 gol peribadi daripada empat perlawanan yang telah mereka lalui setakat ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis
- Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
Shaiful Azli berpuas hati dengan komitmen tinggi dipamerkan anak buahnya sepanjang aksi berkenaan sehingga mampu meletakkan pasukan itu pada kedudukan selesa.
“Walaupun kita berjaya menjaringkan banyak gol, namun cabaran hari ini bukan mudah kerana pemain Perak juga memberikan tentangan, namun mungkin pengalaman mereka yang membezakan keputusan hari ini,” kata Shaiful Azli ketika ditemui.
Sementara itu, jurulatih Perak, Shazrul Aiman mengakui pasukan bimbingannya bukan tandingan buat Negeri Sembilan kerana hampir semua pemain adalah muka baharu kecuali empat daripadanya dari skuad Sukan Malaysia (SUKMA) Perak.
Negeri Sembilan ratah Perak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
You must be logged in to post a comment.