Nova fokus bina keserasian Jimmy-Su Yin

Nova fokus bina keserasian Jimmy-Su Yin

Nova fokus bina keserasian Jimmy-Su Yin
NOVA Widianto. -FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto memilih pendekatan berhati-hati dengan tidak meletakkan sasaran tinggi kepada gandingan baharu negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin menjelang saingan Masters Malaysia yang bermula 19 hingga 24 Mei ini di Unifi Arena.

Gandingan baharu itu terbentuk selepas Jimmy menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan digandingkan bersama Su Yin yang sebelum ini kehilangan pasangan tetap selepas Hoo Pang Ron mengambil keputusan meninggalkan badan induk berkenaan.

Menurut Nova, fokus utama ketika ini adalah membina keserasian dan karakter permainan sebelum meletakkan sebarang sasaran besar di pentas kejohanan.

“Untuk Jimmy-Su Yin, kami belum boleh letak harapan terlalu tinggi lagi. Tapi saya rasa saya sudah nampak karakter Jimmy itu agak baik.

“Cuma untuk peringkat awal ini, saya tidak mahu terlalu meletakkan harapan besar kepada mereka,” katanya.

Tambah beliau, proses pembentukan gandingan baharu memerlukan masa dan tidak boleh diukur dengan keputusan segera dalam kejohanan pertama.

“Yang penting mereka cuba dahulu beraksi bersama-sama sebab masih di peringkat awal dan kami juga tak terlalu letakkan harapan yang tinggi. Bukan sesuatu yang mudah untuk terus dari awal boleh beri prestasi maksimum dalam masa singkat,” katanya.

Sebelum ini, Jimmy pernah beraksi secara profesional bersama Lai Pei Jing dan tujuh kali terkandas di pentas final.

Nova fokus bina keserasian Jimmy-Su Yin

 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker