Slot bengang VAR tak memihak Liverpool

Slot bengang VAR tak memihak Liverpool

Slot bengang VAR tak memihak Liverpool
REAKSI Slot selepas tamat perlawanan. FOTO REUTERS

Manchester: Arne Slot mendakwa tidak terkejut apabila keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak memihak kepada Liverpool ketika tewas 2-3 kepada Manchester United, tengah malam tadi.

Namun, pengendali dari Belanda itu menegaskan pasukannya juga perlu menilai kelemahan sendiri bagi mengelak bolos dengan mudah selepas mengalami kekalahan ke-11 musim ini dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gol Benjamin Sesko yang meletakkan United mendahului 2-0 seawal minit ke-14 diperiksa kerana kemungkinan terdapat sentuhan tangan, namun keputusan pengadil, Darren England untuk mengesahkan jaringan itu turut disokong oleh VAR.

“Saya tidak fikir ia mengejutkan sesiapa musim ini jika ada campur tangan VAR, ia tidak memihak kepada kami. Sepanjang musim memang begitu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh


“Saya ingat perlawanan menentang Paris Saint-Germain (PSG) di laman sendiri, kami dapat penalti kerana kekasaran terhadap Alexis Mac Allister, tetapi VAR masuk campur dan ia dibatalkan. Minggu berikutnya, PSG pula dapat penalti,” katanya.

Sorakan ‘juara’ bergema dari penyokong Liverpool sepanjang aksi di Old Trafford.

Penyokong The Reds ada alasan untuk mengingatkan musuh tradisi mereka mengenai kejayaan musim lalu, namun ia juga mencerminkan betapa merosotnya prestasi Liverpool dalam mempertahankan kejuaraan.

United yang menamatkan musim lalu 42 mata di belakang Liverpool di tangga ke-15, kini berpotensi menamatkan musim di atas pasukan Slot buat kali pertama sejak kempen 2022-23.

Anak buah Michael Carrick turut melengkapkan kemenangan berganda ke atas Liverpool buat kali pertama sejak musim 2015-16.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula



Jumlah 18 kekalahan dalam semua pertandingan musim ini juga adalah yang tertinggi sejak Liverpool tewas 19 kali pada musim 2009-10, iaitu musim terakhir Rafael Benitez di Anfield.

Sejak 1962, hanya tiga musim menyaksikan Liverpool mencatat lebih daripada 18 kekalahan dalam satu kempen.

Slot bengang VAR tak memihak Liverpool


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker