Carrick dedah rahsia tumbangkan Liverpool
Carrick dedah rahsia tumbangkan Liverpool

Manchester: Michael Carrick mengakui dirinya berasa seperti ‘semula jadi’ menggalas peranan penuh tekanan sebagai pengurus Manchester United selepas memastikan kelab itu kembali beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.
United menewaskan Liverpool 3-2, tengah malam tadi, sekali gus menjamin kedudukan lima teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan baki tiga perlawanan.
Memastikan tiket ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh tiga musim menjadi misi utama Carrick sejak dilantik pada Januari lalu menggantikan Ruben Amorim yang dipecat.
Bekas pemain tengah United itu memiliki pengalaman dalam barisan kejurulatihan di Old Trafford serta pernah mengemudi pasukan sebagai pengurus sementara selama tiga perlawanan pada 2021, namun satu-satunya pengalaman sebagai pengurus sepenuh masa sebelum ini adalah bersama kelab divisyen dua, Middlesbrough.
“Saya suka apa yang saya lakukan dan ini posisi yang baik untuk saya. Sejujurnya, ia terasa cukup semula jadi. Bukan bermaksud saya ambil mudah kerana ini tugas yang sukar, tetapi saya rasa seperti sudah lama berada di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gagasan Rumah Bangsa Demi Kesinambungan Perjuangan Pemimpin Terdahulu
- Nurul Amal Alu-alukan Kehadiran Ahli Baharu, Perkukuh Puteri UMNO
- Kongres Pendidikan Bumiputera Langkah Besar Bentuk Agenda Masa Depan Bangsa – Dr Zambry
Dua Cabaran Besar Sistem Pendidikan, Ahmad Zahid Seru Pembaharuan Menyeluruh
“Saya faham apa yang dituntut dan berada di posisi ini adalah sesuatu yang baik,” katanya.
Carrick kini dilihat calon utama untuk dilantik secara tetap, walaupun United turut dikaitkan dengan bekas pengurus AFC Bournemouth, Andoni Iraola serta jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann.
Kejayaan kembali ke pentas elit Eropah bakal memberi kelebihan kewangan kepada sesiapa sahaja yang mengemudi United untuk memperkukuh skuad di jendela perpindahan.
Namun, Carrick menegaskan kelab itu perlu meletakkan sasaran lebih tinggi selepas 13 tahun gagal menjulang trofi Liga Perdana.
“Ketika saya memulakan tugas, slot Liga Juara-Juara agak jauh daripada jangkauan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Berpasukan, Kebajikan Rakyat Teras Pentadbiran Pahang – Wan Rosdy
- Kerajaan Negeri Melaka Terus Perkukuh Dasar Berpaksikan Rakyat
- Kembali Ke Rumah Bangsa: Lagi Bekas Pemimpin Bersatu Sertai UMNO
Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula
“Dengan baki tiga perlawanan dan kedudukan kami sekarang, memang ada rasa puas, tetapi ia belum berakhir,” katanya.
Sementara itu, kekalahan ke-11 liga musim ini menyaksikan Liverpool masih perlu bekerja keras untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara.
The Reds yang kehilangan tonggak serangan seperti Mohamed Salah, Alexander Isak dan Hugo Ekitike bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menyamakan kedudukan 2-2 sebelum jaringan lewat Kobbie Mainoo memastikan kemenangan United.
Pengendali Liverpool, Arne Slot berkata aksi separuh masa kedua membuktikan pasukannya mampu meraih keputusan walaupun tanpa beberapa pemain utama, namun kecewa barisan pemainnya hilang fokus.
“Banyak kali pada musim ini kami hanya menunggu untuk menjaringkan gol, tetapi sebaliknya kami dibolosi kerana hilang fokus,” katanya.
Carrick dedah rahsia tumbangkan Liverpool
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina Tegaskan Kepentingan Platform Digital, Depani Landskap Politik
- Konvensyen 80 Tahun UMNO Perkukuh Perpaduan Dan Hala Tuju Parti
- Terus Perkasa Penyertaan Wanita, Depani Kekangan Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu Negeri Sembilan: UMNO Pilih Tindakan Berprinsip, Pertahan Perlembagaan Dan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.