Merusuh depan pusat hiburan, 13 lelaki tempatan ditahan

Merusuh depan pusat hiburan, 13 lelaki tempatan ditahan

Merusuh depan pusat hiburan, 13 lelaki tempatan ditahan
Pergaduhan berlaku dipercayai berpunca daripada tindakan seorang pelanggan dalam keadaan mabuk di premis berkenaan. – Foto tular

KUALA LUMPUR: Polis menahan 13 lelaki tempatan selepas disyaki merusuh di hadapan sebuah pusat hiburan di Kepong, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni, berkata kejadian itu dikesan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 47 tahun yang juga anggota polis pada jam 8 pagi, kelmarin.

“Susulan laporan itu, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur telah berjaya menangkap 13lelaki warganegara Malaysia berumur lingkungan 18 hingga 45 tahun.

“Semua suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam satu kejadian rusuhan yang berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di sekitar kawasan pentadbiran IPD Sentul.

“Siasatan mendapati kejadian pergaduhan berlaku dipercayai berpunca daripada tindakan seorang pelanggan dalam keadaan mabuk di premis berkenaan dan telah mencetuskan kekecohan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Aplikasi Persidangan Cawangan Untuk Raih Kembali Ahli Ke Rumah Bangsa – Tengku Adnan


Semua suspek dan barang rampasan telah dibawa balik ke IPD Sentul

Perintah tahanan reman dibenarkan sehingga Khamis ini dan kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Polis Kuala Lumpur akan terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang bagi menjaga ketenteraman masyarakat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh menyalurkan maklumat atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03- 40482222 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial, insiden rusuhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Kepong membabitkan beberapa individu.

Merusuh depan pusat hiburan, 13 lelaki tempatan ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker