Polis tahan suspek tetak dua lelaki di Teluk Air Tawar

Polis tahan suspek tetak dua lelaki di Teluk Air Tawar

Polis tahan suspek tetak dua lelaki di Teluk Air Tawar
Foto hiasan

BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tetak sehingga menyebabkan dua lelaki cedera parah dalam kejadian di Teluk Air Tawar pada malam Ahad lalu yang video insiden itu turut tular di media sosial sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintendan C Tharmalingam, berkata lelaki itu ditahan pada jam 4 petang hari ini di kawasan Penang Sentral, di sini.

“Siasatan awal mendapati suspek menyerang seorang lelaki dipercayai menggunakan parang sehingga menyebabkan mangsa putus jari dan dia turut menetak seorang lagi mangsa yang cuba membantu rakannya itu.

“Polis akan mendapatkan perintah reman terhadap lelaki itu esok bagi membantu siasatan kes terbabit. Kes itu siasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, dengan penahanan lelaki berusia 40-an itu, polis percaya dapat menyelesaikan kes terbabit.

Terdahulu tular video berdurasi 1 minit 30 saat memaparkan seorang lelaki mengamuk di hadapan rumah sebelum mengejar beberapa individu di kawasan berkenaan dan menetak dua lelaki di situ.

Polis tahan suspek tetak dua lelaki di Teluk Air Tawar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker