Wanita sedang bersarapan maut dilanggar MPV terbabas
Wanita sedang bersarapan maut dilanggar MPV terbabas

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang bersarapan maut dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh sebuah kedai makan di Simpang 3 Jalan Taman Bersatu di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, Han Chin Ting, 55, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di muka dan kepala serta beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan mendapati kenderaan MPV Perodua Alza dipandu berusia 68 tahun itu dipercayai diserang angin ahmar.
Katanya, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum masuk ke dalam kedai makan itu dan melanggar mangsa yang sedang makan di sebuah meja.
“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Wan Azharuddin berkata, berdasarkan maklumat, mangsa yang juga pelanggan kedai makan itu beralamat di Gelugor, Pulau Pinang.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Wan Azharuddin berkata, pemandu kereta itu yang beralamat di Taman Bersatu, di sini dilaporkan mengalami sakit di dada dan kaki.
Wanita sedang bersarapan maut dilanggar MPV terbabas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
You must be logged in to post a comment.