Man City belum menyerah kalah – Guardiola

Man City belum menyerah kalah – Guardiola

Man City belum menyerah kalah - Guardiola
PEP Guardiola (kanan) memberi arahan kepada Phil Foden. FOTO REUTERS

London: Pep Guardiola menegaskan Manchester City akan terus berjuang merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun mensia-siakan kelebihan dua gol apabila sekadar seri 2-2 dengan Tottenham, awal pagi tadi.

Pasukan kendalian Guardiola bermula cemerlang di utara London apabila mendahului hasil jaringan separuh masa pertama Rayan Cherki dan Antoine Semenyo, namun, City hambar di babak kedua.

Dominic Solanke merapatkan jurang apabila menyudahkan peluang dengan menolak bola masuk meskipun terkena kaki pertahanan City, Marc Guehi dalam proses menjaringkan gol itu. Insiden berkenaan disemak Video Bantuan Pengadil (VAR) sebelum jaringan berkenaan disahkan.

City gagal menyekat asakan berterusan Tottenham dan Solanke sekali lagi mencuri tumpuan apabila menghasilkan gol penyamaan sensasi menerusi sepakan ‘kala jengking’ hasil hantaran Conor Gallagher.

Jaringan berani itu menjadi tamparan hebat buat City yang kini berada di tangga kedua dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan


Guardiola meluahkan kekecewaan terhadap gol pertama Tottenham sambil berkata: “Jika seorang pertahanan tengah melakukannya terhadap penyerang, itu adalah penalti.

“Perlawanan berlangsung dengan baik dan kadang-kadang dalam situasi bola jauh dan perebutan bola kedua, anda terlepas kawalan.

“Kami lebih suka tiada situasi serangan balas tetapi isu emosi untuk gol pertama yang pengadil berikan kepada Spurs dan selepas itu momentum sukar dikawal.”

Guardiola dilayangkan kad kuning susulan bantahannya dan kelihatan tidak percaya apabila insiden itu dipaparkan di skrin besar dalam Stadium Tottenham Hotspur.

City kini hanya menang sekali dalam enam perlawanan terakhir liga, sekali gus memberi ruang kepada Arsenal untuk bangkit daripada kemerosotan sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading


Kemenangan besar 4-0 Arsenal ke atas Leeds memberi gambaran mereka kembali ke landasan tepat, namun Guardiola tetap yakin City masih mampu mengejar pasukan kendalian Mikel Arteta itu.

“Masih berbaki 14 perlawanan? Selagi ada peluang, harapan akan sentiasa ada,” katanya.

Man City belum menyerah kalah – Guardiola

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker