Cannavaro kena pecat sebagai pengurus Dinamo Zagreb
Cannavaro kena pecat sebagai pengurus Dinamo Zagreb

Zagreb: Bekas kapten Itali dan pemenang Piala Dunia Fabio Cannavaro, dipecat sebagai pengurus Dinamo Zagreb, hanya tiga bulan selepas dilantik, menurut kelab juara Croatia itu.
Cannavaro, yang memimpin Itali menjuarai Piala Dunia 2006 dan memenangi Ballon d’Or pada tahun yang sama, dilantik sebagai pengurus Dinamo pada penghujung Disember lalu.
Sebagai pengurus ketiga Dinamo musim ini, Cannavaro mengendalikan 14 perlawanan, termasuk 10 dalam liga Croatia. Beliau membawa Dinamo meraih lima kemenangan, dua seri, dan tiga kekalahan di liga, dengan kelab itu kini berada di tempat ketiga dalam carta.
Dinamo kini ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Hajduk Split, dengan lapan perlawanan lagi berbaki.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Menurut laporan media, kekalahan 0-3 kepada Istra 1961 hujung minggu lalu adalah titik akhir bagi kelab itu yang sudah tidak berpuas hati dengan pencapaian Cannavaro.
Namun, Dinamo memuji kemenangan 2-1 Cannavaro ke atas AC Milan dalam peringkat liga Liga Juara-Juara awal musim ini, walaupun itu tidak mencukupi untuk membawa Dinamo ke pusingan kalah mati pertandingan terbabit..
Dinamo akan diterajui oleh pembantu pengurus mereka, Sandro Perkovic.
Sebelum menyertai kelab Croatia itu, Cannavaro yang berusia 51 tahun pernah mengendalikan Udinese di Serie A. Beliau juga pernah melatih kelab di Timur Tengah dan China, serta turut menjawat jawatan pengurus pasukan kebangsaan China pada 2019.
Cannavaro kena pecat sebagai pengurus Dinamo Zagreb
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
You must be logged in to post a comment.