Pendedahan KSN tuntut pulih segera ‘cacamarba’ dalam sektor awam
Pendedahan KSN tuntut pulih segera ‘cacamarba’ dalam sektor awam
‘Ada perasaan superior atau rasa diri berkuasa dan lebih hebat, mentaliti silo serta masalah kerenah birokrasi’. Itu tiga permasalahan utama dikesan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menyukarkan reformasi perkhidmatan awam.
Walaupun baru sebulan dilantik sebagai KSN, tiada pengalaman sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) apatah lagi KSU di mana-mana kementerian, tetapi bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam-Swasta ini juga cepat menghidu kelemahan dalam sistem perkhidmatan awam, termasuk sistem lapuk dan wujud Little Napoleon.
Bermakna, segala kelemahan dan permasalahan berlaku dalam sistem perkhidmatan awam selama ini sama ada pada peringkat kementerian, jabatan dan agensi sudah berlaku tetapi mungkin dipendamkan atau disorokkan pegawai tertinggi kerajaan untuk mengelak daripada terdedah serta diketahui umum apatah lagi Perdana Menteri.
Atas faktor ini maka agenda reformasi perkhidmatan awam direncanakan sebelum ini termasuk apabila negara dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukar dilaksanakan atau dicapai disebabkan sikap negatif melingkari agensi kerajaan, seperti disebutkan Shamsul Azri menerusi ucapan sulungnya sebagai KSN, Isnin lalu.
Ia menunjukkan amalan negatif, korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa, sama ada pada peringkat tinggi sehingga bawah, begitu berleluasa berlaku tetapi tiada tindakan susulan aktif dilakukan pegawai atasan kerana mungkin terpaksa ‘kautim’ dengan pelbagai peringkat pegawai bagi melindungi kepentingan serta kedudukan masing-masing.
Lebih malang lagi jika ada pegawai tinggi kerajaan turut bersekongkol dengan ‘pihak atasan lebih tinggi’ bagi mendapatkan imbuhan atau ‘saham’ bagi setiap program, projek serta dasar hendak dilaksanakan kementerian kepada rakyat dan golongan sasar.
Justeru, pendedahan Shamsul Azri ini perlu diambil tindakan segera pengurusan tertinggi kementerian dan pegawai atasan terutama KSU dan TKSU untuk menjayakan reformasi perkhidmatan awam. Setiap KSU, TKSU dan pengurusan tertinggi kementerian, jabatan serta agensi kerajaan perlu segera menyelesaikan masalah berkenaan.
Cabaran didedahkan KSN itu seharusnya membuka mata semua pengurusan tertinggi kementerian dan agensi kerajaan untuk segera melaksanakan reformasi dalaman bagi memulihkan ‘cacamarba’ dan mengikis segala elemen negatif, lapuk, tidak relevan serta kejumudan dalam perkhidmatan yang menjejaskan sistem penyampaian.
‘Jika tidak dipecahkan ruyung, bagaimana hendak mendapat sagunya’. Lima Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) digariskan Shamsul Azri seharusnya menjadi pedoman dan pegangan KSU, TKSU serta pegawai tertinggi kementerian atau agensi kerajaan untuk memastikan reformasi perkhidmatan dapat direalisasikan.
Sekarang bukan lagi masa ‘orang gomen’ terutama pegawai atasan berbulan madu atau bersenang lenang dalam perkhidmatan kerajaan, sebaliknya perlu bekerja penuh integriti dan tatakelola baik seperti diharapkan Perdana Menteri.
Apatah lagi kenaikan gaji penjawat awam akan dilaksanakan bermula pada 1 Disember ini menerusi Sistem Persaraan Perkhidmatan Awam (SSPA), ia sepatutnya menjadikan penjawat awam di setiap lapisan mereformasi cara kerja seiring dengan agenda reformasi perkhidmatan awam digariskan Kerajaan Madani. BH
Pendedahan KSN tuntut pulih segera ‘cacamarba’ dalam sektor awam
Baca Artikel Menarik:
- Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Yusoff Rawther direman kerana didakwa miliki 2 pistol, dadah
- Hakim nasihat guru besar bertaubat
- Johan ulas kontroversi sindir PM di Hot FM
- Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
- Titah adendum Najib, katakan ya atau tak. Itu sahaja – Thanenthiran
- Tauke 99 Speed Mart bakal tersenarai terkaya di Malaysia
- Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda
- Jangan panggil saya ustaz – Sabri Yunus
- Bahagian klitoris wanita Ivory Coast dijual untuk kegunaan ilmu hitam
- Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis
- Abang Bas menangis didakwa di mahkamah
- Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah
- EV kereta pakai buang?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari