Bekas pelumba GP negara meninggal dunia

Elly Idzlianizar meninggal dunia semalam.

Bekas pelumba GP negara meninggal dunia

Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.

Perkembangan mendukacitakan itu dikongsikan adik Allahyarham, Elly Idzliaikmal Elias di laman sosial miliknya.



“Selamat jalan abang ku #16. Semoga tenang di negeri abadi abang sayangku. Moga ditempatkan di syurga. Tunggu kami di sana abang. Nanti kita jumpa di sana abang,” kongsi Elly Idzliaikmal.

Berjaya menjulang beberapa kejuaraan bersama pelbagai pengeluar antaranya Yamaha, Honda dan Suzuki, Allahyarham turut terpilih menyertai program pencarian pelumba ‘wildcard’ negara untuk beraksi di Grand Prix Malaysia pada tahun 2009.

Berikutan bakat dimilikinya, Allahyarham terpilih untuk menyertai program berkenaan bersama Zulfahmi Khairuddin dalam kelas 125cc bersama pasukan Air Asia.

Dikenali sebagai pelumba yang berbakat besar, Allahyarham mula mencipta nama di arena perlumbaan tempatan Cub Prix.



Selepas menggantung sut lumbanya, Allahyarham juga pernah menceburkan diri dalam arena pengacaraan dan menjadi pengulas perlumbaan bersama Cub Prix.

Selain itu, Allahyarham turut memiliki buku autobiografi bertajuk Evolusi Elly ‘Daripada rempit kepada juara’ yang diterbitkan pada tahun 2010.

Jenazah Allahyarham difahamkan dihantar ke Hospital Alor Setar untuk menjalani proses bedah siasat bagi menentukan punca kematiannya. HM

Bekas pelumba GP negara meninggal dunia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja



Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari



Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker