Sabar Din, kami ada – Keluarga Abang Bas
Sabar Din, kami ada – Keluarga Abang Bas
“Sabar Din, kami ada,” demikian kata-kata seorang ahli keluarga kepada ‘Abang Bas’ yang sekali lagi dihadapkan ke mahkamah kerana menggunakan aplikasi TikTok dengan menghantar komen jelik dalam videonya, bulan ini.
Kata-kata itu didengari ketika ‘Abang Bas’ dibawa masuk ke dalam kereta polis sebaik selesai prosiding pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini sambil menitiskan air mata.
Suasana bertambah pilu apabila bapa kepada ‘Abang Bas’ muncul ketika kenderaan membawanya menanti ketibaan lelaki itu sambil ditemani ahli keluarga lain.
Sejurus melihat ‘Abang Bas’ dalam kereta, mereka kemudian berpelukan sambil menangis teresak-esak dan memohon supaya anaknya bersabar.
Difahamkan, kenderaan polis membawa ‘Abang Bas’ menunggu seketika selepas dimaklumkan bapanya dalam perjalanan ke mahkamah untuk melihat anaknya.
Sebelum meninggalkan mahkamah, ‘Abang Bas’ turut dilihat menghadiahkan ‘mini love’ kepada ahli keluarganya.
Terdahulu, lelaki berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Osman Affendi Mohd Shalleh.
Dia berhadapan tiga pertuduhan secara keseluruhan termasuk dua daripadanya di Mahkamah Sesyen Muar dengan keseluruhan ikat jamin RM40,000 dikenakan terhadapnya.
Sebelum ini, tular di TikTok seorang lelaki menggelar seorang penumpang bas yang dipercayai pelajar sekolah rendah sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.
Hantaran itu mendapat kecaman orang ramai yang berpendapat ianya tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Berdasarkan pemerhatian di TikTok, pemilik akaun itu merekodkan video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah murid jelas kelihatan.
Susulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) membuat laporan polis mengenai satu hantaran yang tular di media sosial. BH
Sabar Din, kami ada – Keluarga Abang Bas
Baca Artikel Menarik:
- Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Yusoff Rawther direman kerana didakwa miliki 2 pistol, dadah
- Hakim nasihat guru besar bertaubat
- Johan ulas kontroversi sindir PM di Hot FM
- Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
- Titah adendum Najib, katakan ya atau tak. Itu sahaja – Thanenthiran
- Tauke 99 Speed Mart bakal tersenarai terkaya di Malaysia
- Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda
- Jangan panggil saya ustaz – Sabri Yunus
- Bahagian klitoris wanita Ivory Coast dijual untuk kegunaan ilmu hitam
- Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis
- Abang Bas menangis didakwa di mahkamah
- Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah
- EV kereta pakai buang?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari