Visa elektronik untuk melawat Arab Saudi diperkenalkan

Visa elektronik untuk melawat Arab Saudi diperkenalkan

Kuala Lumpur: Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi (STA), memperkenalkan beberapa langkah pemudah utama untuk warganegara Malaysia, menjadikan perjalanan mereka ke Makkah dan Madinah lebih mudah.

STA menerusi kenyataan berkata, usaha itu membolehkan rakyat Malaysia menunaikan umrah, melawat Masjid Nabawi dan menerokai destinasi pelancongan yang pelbagai di Arab Saudi, termasuk tapak keagamaan, budaya dan warisan di kedua-dua kota suci, serta mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan.



Katanya, hasil penambahbaikan ini, kunjungan ke Arab Saudi kini lebih mudah diakses dan selamat bagi rakyat Malaysia.

“Melalui platform Visit Saudi atau semasa ketibaan di pintu masuk Arab Saudi, mereka kini boleh mendapatkan visa lawatan elektronik dengan mudah.

“Visa ini membenarkan kemasukan berulang kali dan tempoh tinggal sehingga 90 hari setahun.

“Pelawat boleh menunaikan umrah, berdoa di Masjid Nabawi dan melawat Al-Rawdah Al-Sharifah yang dihormati, dengan syarat tempahan dibuat lebih awal melalui platform kerajaan bersepadu Nusuk,” katanya.



STA berkata, Malaysia mempunyai tempat istimewa dalam hati kepemimpinan dan rakyat Arab Saudi disebabkan kepercayaan agama dikongsi dan hubungan persaudaraan kuat membentuk asas hubungan antara kedua-dua negara sejak 1961 apabila Arab Saudi membuka kedutaannya di Kuala Lumpur dan Malaysia membuka kedutaannya di Jeddah.

Selain itu, STA mengambil langkah pemudah yang belum pernah terjadi sebelumnya ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah atau melawat.

“Dalam inisiatif penting untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelancong Malaysia, STA menganjurkan acara maklumat di Kuala Lumpur yang memberi tumpuan kepada sektor perniagaan, termasuk agensi pelancongan dan umrah.

“Acara ini bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat Malaysia dan membantu mereka merancang percutian mereka di Arab Saudi.



“Komitmen Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi memudahkan perjalanan bagi jemaah Malaysia membawa kepada kemasukan bahasa Melayu dalam pusat panggilan bersepadu Nusuk yang beroperasi 24 jam untuk membantu jemaah dan pelawat.

“Lebih-lebih lagi, wanita Malaysia kini boleh melancong ke Arab Saudi tanpa perlu ditemani oleh mahram (penjaga lelaki), menjadikan Arab Saudi destinasi yang menarik bagi pelancong antarabangsa, terutamanya wanita, seperti yang diiktiraf oleh laman web keselamatan perjalanan global,” katanya. HM

Visa elektronik untuk melawat Arab Saudi diperkenalkan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)



Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker