Jojo ada rahsia ‘makan’ Tran Duy

Muay Thai ONE Championship

Jojo ada rahsia ‘makan’ Tran Duy

JAGUH muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar bersedia menggunakan latihan selama tiga bulan untuk melakukan kejutan menumbangkan jaguh Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE Championship di Impact Arena, Bangkok esok.

Johan yang mesra disapa Jojo mengakui kali ini dia dibantu 20 kru terbaik untuk berdepan Tran Duy apabila menganggap lawan itu sebagai paling sukar pada perlawanan ONE 167 nanti.

Jaguh berusia 18 tahun itu menegaskan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana sejak menandatangani perjanjian, pasukannya telah melakukan video analisis serta persiapan selama tiga bulan untuk mengkaji ruang dan peluang mengatasi lawan berusia 35 tahun tersebut.

“Persiapan kali ini paling hebat berbanding perlawanan sebelum ini. Tahun sebelum ini, saya banyak memberi tumpuan kepada sekolah dan hanya melakukan persiapan dua minggu sebelum perlawanan.

“Kini segalanya berubah, saya memberi tumpuan 100 peratus kepada kem latihan sejak tiga bulan lalu. Rutin latihan kali ini benar-benar berubah kerana saya juga dibantu barisan pasukan profesional seperti pakar nutrisi, jurulatih kecergasan dan macam-macam lagi untuk mempersiapkan saya. Kira-kira 20 orang di belakang saya.

“Masa saya banyak dihabiskan dengan latihan dan boleh dikatakan saya hanya fokus meningkatkan teknik perlawanan. Jadi, saya betul-betul bersedia untuk menghadapi Tran Duy nanti,” katanya.

Ketika ditanya strategi untuk mengatasi Tran Duy, Jojo mengakui dia enggan tergesa-gesa, sebaliknya membawa perancangan berbeza dalam perlawanan kali ini.

“Saya tahu Tran Duy adalah lawan sukar, malah dia adalah petarung yang berpengalaman dan teknik perlawanan juga berbeza berbanding lawan-lawan saya jumpa sebelum ini.

“Saya dan jurulatih telah melakukan analisis perlawanan dan kita tahu taktikalnya suka bermain belakang. Tetapi bagi saya, bukan mudah untuk menumbangkannya.

“Apapun, saya akan gunakan kelebihan selaku petinju yang lebih muda untuk heret perlawanan agar lawan saya penat dan ‘makan’ dia di pusingan dua atau tiga. Jika ada peluang saya mahu menumbangkannya di pusingan pertama,” ujarnya.

Pada Oktober tahun lalu, Johan mencipta sejarah menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship.

Dengan rekod kemenangan 5-0 termasuk empat menerusi kiraan knockout (KO) sepanjang saingan musim lalu, Johan turut diangkat sebagai Bintang Muda Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship. K Online

Jojo ada rahsia ‘makan’ Tran Duy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wahai pemandu Mazda CX-5, anda bukan langgar kuman kecil

Ummu Hani cinta pertama Rasulullah s.a.w.?

Kelakuan tak senonoh jemaah Haji Indonesia dikritik ramai (Video)

Grand Livina langgar lampu merah sampai tersodok kereta polis [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker