Kanak-kanak autisme mati lemas di taman tema air

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya dan dibawa pulang ke Selangor.

Kanak-kanak autisme mati lemas di taman tema air

KEPALA BATAS: Seorang kanak-kanak perempuan autisme berusia lima tahun ditemukan lemas di sebuah taman tema air di Bertam di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Zulkeflee Sulaiman berkata ibu mangsa memberitahu anaknya hilang dari pandangan ketika sedang mandi bersama ahli keluarga yang lain kira-kira 3.30 petang.

“Ibunya terus memaklumkan kepada pekerja di taman tema tersebut bagi mencari mangsa sebelum mayatnya ditemukan tidak lama kemudian dalam sebuah kolam yang sedang dalam pembinaan,” katanya.

Beliau berkata terdapat air sedalam kira-kira satu meter dalam kolam berkenaan.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya dan dibawa pulang ke Selangor. Aw

Kanak-kanak autisme mati lemas di taman tema air

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penduduk Kampung Sri Makmur sahut cabaran MB Selangor

Mari kita lihat siapa yang kena

Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]

‘Drama’ kian terungkai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker