Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy

Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy

Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib Razak menjalani tahanan di rumah.

Dalam afidavit berkenaan Wan Rosdy berkata dia juga telah diberitahu mengenai kewujudan titah adendum supaya bekas perdana menteri itu menghabiskan baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.

Dalam afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas, naib presiden Umno itu berkata dia dimaklumkan mengenai titah diraja itu oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Tengku Zafrul Abdul Aziz pada 30 Jan.

“Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memberitahu bahawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Aging XVI telah pun keluarkan keputusan permohonan pengampunan (keputusan pertama) iaitu mengurangkan perintah penjara sebanyak 50 peratus dan hukuman denda pula kepada RM50 juta sahaja.

“Kedua, dengan terbit keputusan pertama, ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI telah mengeluarkan satu lagi perintah (perintah adendum) yang memerintahkan supaya pemohon menjalani dengan serta merta hukuman penjaranya di dalam keadaan di rumah kediaman pemohon dan bukan di mana-mana penjara,” jelasnya.

Berdasarkan cop masa pada dokumen itu, Menteri Besar Pahang itu memfailkan afidavit berkenaan pada 21 Mei lalu.

Menurut Wan Rosdy, selepas dimaklumkan mengenai dakwaan titah adendum itu, dia kemudian menghadiri mesyuarat dengan beberapa pemimpin Umno lain di rumah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi di Kajang di mana perkara itu ada dibincangkan.

Zahid memberitahu dalam mesyuarat itu bahawa Zafrul telah memaklumkan perkara yang sama kepadanya sebelum ini, kata Wan Rosdy.

“Beliau (Zahid) juga menyatakan telah membaca perintah adendum tersebut dari Yang Berhormat Senator Zafrul,” tambah Menteri Besar itu.

Afidavit itu menamakan tujuh responden, termasuk kerajaan persekutuan, menteri dalam negeri, peguam negara, dan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Wan Rosdy ialah pemimpin Umno kedua yang diketahui memfailkan afidavit terhadap kerajaan persekutuan berhubung dakwaan perintah tahanan rumah itu.

Sebelum ini, Zahid memfailkan afidavitnya pada 9 April lalu bagi menyokong permohonan Najib untuk menghabiskan baki hukuman penjara di rumah. Mk

Zafrul beritahu tentang titah adendum – Wan Rosdy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker