Nazrul Azhar Rabbani meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Anggota Rabbani, Nazrul Azhar Tamrin, 47, yang menderita sakit buah pinggang sejak lapan tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Saujana Utama, Sungai Buloh, jam 4.44 petang tadi.

Berita pemergian Allahyarham Nazrul disahkan oleh ketua kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz.

Azadan yang dalam perjalanan ke rumah sahabatnya itu berkata, arwah dilaporkan tidak sedarkan diri oleh keluarganya.



“Saya dimaklumkan arwah tak sedarkan diri dan keluarganya sudah pun menghubungi ambulans.

“Setakat ini, saya belum pasti sama ada jenazah akan dibawa ke hospital atau tidak,” katanya.

Allahyarham Nazrul (kanan, belakang) sudah tujuh tahun tidak aktif selepas mengalami masalah penglihatan.
Allahyarham Nazrul (kanan, belakang) sudah tujuh tahun tidak aktif selepas mengalami masalah penglihatan.

 

Allahyarham Nazrul menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sungai Buloh, petang tadi.
Allahyarham Nazrul menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sungai Buloh, petang tadi.

 



Azadan berkata, arwah ada datang ke kedainya di Saujana Utama tiga hari lalu bagi untuk meminta bantuan bagi pembedahan tangannya yang bengkak.

“Arwah minta bantuan saya untuk dapatkan dana bagi kos pembedahan tangan bernilai RM15,000.

“Jadi, saya merancang mengadakan program supaya dapat membantunya, tapi hasrat itu nampaknya tak kesampaian apabila arwah terlebih dulu pergi,” katanya.

Allahyarham yang sudah tujuh tahun tidak aktif bersama Rabbani selepas mengalami masalah penglihatan meninggalkan seorang balu dan enam cahaya mata.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis



Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam



Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker