Faisal Halim dibedah lagi

Pembedahan keempat yang dijalani pemain Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, menunjukkan perkembangan positif, menurut Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC (SFC), Shahril Mokhtar.

Shahril berkata Faisal yang menjalani pembedahan ‘split skin grafting’ pada Isnin lepas akan diteliti pakar untuk menentukan sama ada pemain digelar “Mickey” itu dibenarkan pulang ke rumah atau sebaliknya

“Untuk pembedahan ini perkembangan sangat baik, biasa kalau buat ‘skin grafting’ (cantuman kulit) dalam 70% dapat cover kawasan luka dah cukup bagus, tapi keajaiban untuk Faisal dapat ‘cover’ seluruh tempat yang terluka dan cedera, dan luka nampak kering dan cantik.



“Pakar akan buat pemerhatian bukan sahaja di kawasan luka tapi juga di bahagian donor part iaitu kedua-dua belah paha Faisal, untuk pastikan beliau mudah bergerak sebelum keluar,” katanya kepada pemberita pada sidang media di hospital swasta yang merawat Faisal.

Beliau berkata pembedahan ‘split skin grafting’ merupakan prosedur mengambil kulit di beberapa bahagian badan untuk ditampal di kawasan luka yang disebabkan oleh asid.

Shahril berkata pasukan perubatan yang merawat Faisal begitu optimis pemain berusia 26 tahun itu dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh dua atau tiga hari lagi, selain perlu mengambil masa tiga hingga enam bulan bagi proses pemulihan sebelum kembali beraksi.

Sementara itu, Shahril berkata Ketua Perubatan Sukan Selangor FC (SFC) Dr Muhammad Hazwan Khair akan bekerjasama dengan beberapa ahli fisioterapi dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk merangka program buat Faisal selepas beliau dibenarkan keluar hospital.



“Hazwan akan bekerja rapat dengan pihak ISN dan juga para fisioterapi untuk melihat program rehabilitasi buat Faisal bagi masa dua atau tiga bulan. Hazwan dan MSN sedang merangka program untuk Faisal yang perlu dilalui termasuk gim, pembinaan otot, dan sebagainya,” katanya.

Pada 5 Mei, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, yang membataskan pergerakan dan percakapannya.

Pemain yang memenangi anugerah gol terbaik pada Piala Asia 2023 di Qatar pada Januari itu kemudian perlu menjalani empat pembedahan bagi proses rawatan dan pemulihan, selain dijangka tidak dapat beraksi selama lima atau enam bulan, sekali gus terlepas dua perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan depan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis



Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam



Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker