Lelaki pukul ibu sedang solat bertubi-tubi dengan pisau dan spana

Lelaki pukul ibu sedang solat bertubi-tubi dengan pisau dan spana

GERIK: Polis menahan seorang lelaki disyaki mencederakan ibunya menggunakan pisau dan sepana ketika wanita itu sedang menunaikan solat di rumah mereka di Kampung Bongor, di sini, semalam.

Suspek berusia 29 tahun yang mengamuk dengan bersenjatakan sepana pembuka plug dan sebilah pisau pemotong getah, didakwa turut mencederakan adik lelakinya berumur 15 tahun yang cuba menyelamatkan ibu mereka dalam kejadian itu.



Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata suspek dikatakan memukul ibu kandungnya berusia 54 tahun pada bahagian muka dan badan sebelah kiri secara bertubi-tubi.

“Hasil siasatan mendapati suspek didakwa memukul ibunya yang sedang mendirikan solat ketika itu menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.

“Adik suspek yang sedang berada di dalam bilik air terdengar jeritan itu lalu keluar dan melihat suspek sedang memukul ibu mereka bertubi-tubi. Dia turut dipukul apabila cuba menolong ibu mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Susulan itu, Mohd Yusri berkata, kedua-dua mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Bersia, di sini, pada jam 7.50 pagi semalam dalam keadaan berdarah akibat kecederaan yang dialami.



Katanya, dua beranak itu kemudian mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut di Bahagian Kecemasan, Hospital Gerik, sebelum dimasukkan ke wad.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan lebam dan luka hirisan pada beberapa bahagian badan mangsa.

“Ibu suspek mengalami luka hirisan serta lebam pada bahagian atas kepala, pipi kiri dan sekitar bahu serta tangan kiri, manakala adik suspek pula mengalami luka hirisan pada bahagian betis kaki kanan, pergelangan tangan kanan dan calar di leher sebelah kiri,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Yusri berkata, polis merampas barang kes dan menahan suspek yang kemudian dibawa ke Mahkamah Taiping, hari ini, bagi permohonan perintah reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.



Mengulas lanjut, beliau berkata, rumah setingkat tempat kejadian itu hanya didiami suspek bersama kedua-dua mangsa, dan hasil pemeriksaan polis menemui tompokan darah di atas lantai kediaman berkenaan.

Katanya, suspek dipercayai berhalusinasi lalu bertindak mencederakan mangsa, malah lelaki itu dikatakan pernah dirujuk ke Hospital Taiping tetapi dibebaskan semula kerana didapati tiada mengalami sebarang masalah mental ketika itu.

“Suspek yang tidak bekerja (penganggur) juga didapati mempunyai rekod lampau kes jenayah membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan pada 2011 dan pernah ditangkap,” katanya. BH

Lelaki pukul ibu sedang solat bertubi-tubi dengan pisau dan spana



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis



Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam



Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker