Anak MB Perlis didakwa esok

Anak MB Perlis didakwa esok

Anak lelaki Menteri Besar Perlis Shukri Ramli akan didakwa di mahkamah esok berkait siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan tuntutan palsu untuk projek bernilai RM600,000.

Bekas setiausaha politik Shukri juga akan didakwa di mahkamah esok berkait dakwaan sama.



Menurut laporan Berita Harian, sumber memberitahu kedua-duanya akan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Anak lelaki Shukri dilepaskan dengan jaminan SPRM pada 26 April lalu bersama empat individu lain yang turut ditahan bagi membantu siasatan dakwaan tuntutan palsu RM600,000.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen membabitkan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga kini yang menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja tidak dilaksanakan.

Shukri sebelum ini dilaporkan berkata, beliau menyerahkan kepada budi bicara SPRM untuk menjalankan siasatan dan tiada prasangka jika anaknya terbukti bersalah.



Katanya, apa yang berlaku kepada dirinya dianggap ‘ujian’ selain mengakui kelemahannya kerana ‘terlalu baik’, serta meletakkan ‘kepercayaan kepada semua orang’. FMT

Anak MB Perlis didakwa esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker