Atlet kayak diseret 600 meter oleh pemandu mabuk
Atlet kayak diseret 600 meter oleh pemandu mabuk
JOHOR BAHRU – Atlet kayak negara yang sedang menuntut di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini cedera parah dipercayai dilanggar dan dirempuh seorang pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, di sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian tersebut.
Sementara itu, Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS dalam satu kenyataan memberitahu, Siti Nurul Masyitah Md. Elias, 22, merupakan penuntut semester enam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal.
“Menurut saksi dan rakaman, sebuah kereta yang disyaki memandu dalam keadaan terhuyung-hayang telah melanggar mangsa dan diseret sejauh lebih kurang 600 meter dan kini mangsa dirawat di Hospital Columbia Asia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius,” menurut kenyataan itu.
Siti Nurul Masyitah merupakan salah seorang atlet sukan kayak dan Dragon Boat Malaysia yang telah memenangi pingat Perak ketika temasya Sukan Sea 2023. K Online
Atlet kayak diseret 600 meter oleh pemandu mabuk
Baca Artikel Menarik:
- Dah masuk senarai #Blockout, baru nak terhegeh-hegeh – Ramona Zamzam
- Duit gelap beli hartanah di Dubai
- Azmin kalah kepada Amirudin tiga kali – Adun Bersatu
- Dokumen dedah warga Malaysia beli hartanah di Dubai
- Bersatu pecat, saya bebas – Abdul Rashid
- Datuk Red muflis, saya cari sendiri nafkah
- #Blockout2024: Mira Filzah suruh netizen jaga mulut sikit
- AR Badul terkejut ada 95,000 pengikut TikTok
- Mahathir ‘main’ bangsa lagi
- Komen Halim Othman mengenai pendedahan anak luar nikah
- #Blockout2024: Boikot selebriti tutup mulut
- Fadhlina Sidek gagal?
- Amy keterlaluan – Din Search
- Muaz dilarang masuk Singapura?
- Saya pendosa yang jujur – Aliff Aziz (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz
You must be logged in to post a comment.