Ops Shalom: 3 warga asing dihantar pulang ke negara asal

Ops Shalom: 3 warga asing dihantar pulang ke negara asal

Tiga lelaki warga asing yang dibebaskan selepas ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki warga Israel, Avitan Shalom sudah dihantar pulang ke negara asal mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tindakan penghantaran pulang mereka bertiga diuruskan oleh Jabatan Imigresen (JIM).



“Ketiga-tiga mereka dihantar ke negara asal masing-masing iaitu Amerika Syarikat, Turkiye dan Georgia pada kelmarin dan semalam.

“Ketiga-tiga suspek termasuk tujuh individu warga tempatan dibebaskan pada 10 Mei lalu dengan jaminan polis,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di ibu negara di sini, hari ini.

Mengulas mengenai tujuh lelaki tempatan yang dibebaskan dengan jaminan, Rusdi memaklumkan, kesemua mereka boleh ditahan semula sekiranya pihak polis mempunyai bukti baharu.

Pada 19 April lalu, Rusdi mengesahkan seramai 10 daripada 18 individu ditahan bagi membantu siasatan susulan penahanan lelaki Israel, Avitan Shalom.



Daripada jumlah itu, tiga individu terdiri daripada suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri sudah dituduh di mahkamah, manakala lima lagi dibebaskan.

Seramai 10 lagi individu yang sebelum ini direman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Senjata Api ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang. K Online

Ops Shalom: 3 warga asing dihantar pulang ke negara asal



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy



Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz



Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker