Maut diserang gajah liar

Maut diserang gajah liar

GUA MUSANG: Seorang pekerja ladang maut dan ditemui dalam keadaan perut terburai apabila diserang gajah liar di sebuah ladang di Kampung Om, Pos Blau, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, mangsa, Md Nawsher Ali, 29, yang juga warga Bangladesh dipercayai dalam perjalanan pulang bersama rakannya sebelum terserempak dengan gajah liar terbabit.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian pada jam 9.42 malam semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati semasa dalam perjalanan balik dari ladang mereka terserempak dengan seekor gajah yang turun dari bukit berselekoh.

“Oleh kerana terkejut mereka melarikan diri namun menurut saksi, mangsa yang tidak sempat lari diserang gajah liar dan dikatakan perutnya ditusuk dengan gading gajah.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan juga mendapati perut mangsa sudah terburai dan menemui kesan tapak kaki gajah berhampiran mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.



Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian dan keterangan saksi mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan.

“Pihak polis mengingatkan supaya tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa,” katanya.

Terdahulu media melaporkan seorang pekerja wanita ladang getah warga Myanmar dari Ladang Teroka Tuah Sdn Bhd, Aring 8, di sini, diserang seekor gajah liar dalam kejadian Jumaat lalu.



Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 10 Rabu lalu. BH

Maut diserang gajah liar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular



Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker