Cadangan mansuh lesen 24 jam, ‘Geng Restoren Mamak’ bantah
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menolak cadangan supaya lesen operasi 24 jam diberikan kepada kedai makan dimansuhkan.
Presiden Presma, Jawahar Ali Taib Khan, sebaliknya berkata gesaan itu hanya sesuai dijalankan mengikut keperluan, lokasi, serta gaya hidup masyarakat agar ia dapat memenuhi keperluan semua pihak bukan saja pemilik restoran serta industri berkaitan.
“Untuk rekod, Presma sendiri pernah menyarankan kepada kerajaan agar mempertimbangkan kebenaran beroperasi 24 jam sebelum ini berdasarkan prestasi perniagaan ahli-ahli di seluruh negara.
“Bagaimanapun, ingin ditegaskan bahawa operasi restoran 24 jam bukanlah penyebab utama masalah kesihatan rakyat Malaysia malah ia turut dipengaruhi faktor lain seperti amalan gaya hidup sihat individu itu sendiri,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu menyusul cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), yang menggesa lesen operasi 24 jam diberikan kepada kedai makan dimansuhkan kerana kajian menunjukkan terdapat kesan negatif akibat tabiat makan lewat malam seperti berat badan bertambah, gangguan tidur dan masalah penghadaman.
Semalam, Presiden CAP Mohideen Abdul Kader dilaporkan berkata pihaknya sekian lama menyeru larangan kedai makan beroperasi 24 jam dengan alasan akses terhad kepada makan lewat malam akan menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat.
Katanya, penyelidikan menunjukkan individu yang makan lewat malam melebihi 40% daripada keperluan tenaga harian mereka, menimbulkan faktor risiko ketara bagi obesiti.
Mengulas lanjut, Jawahar berkata gesaan itu perlu diperhalusi sambil menambah rakyat menjadikan restoran sebagai pusat sehenti, untuk menjamu selera, termasuk lokasi bersosial selepas waktu kerja kerana suasana kondusif serta mudah diakses.
“Selain itu, ada juga perjumpaan secara berkumpulan serta perbincangan ilmiah dijalankan di restoran tertentu pada waktu tengah malam yang dirasakan lebih sesuai berbanding waktu siang yang padat dengan urusan lain,” katanya.
Justeru, Presma terbuka untuk menerima sebarang cadangan dan sedia berunding demi kepentingan semua pihak.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET