Intan Najuwa dituduh suntik bibir

Intan Najuwa dituduh suntik bibir

Hanya kerana mengoles gincu melebihi garis bibir, pelakon Datin Intan Najuwa dituduh melakukan suntikan untuk mendapatkan bentuk bibir lebih mungil.

Tampil bersuara sekali gus menafikan perkara tersebut, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, menjelaskan dia hanya melukis bentuk melebihi garis bibir ketika memakai gincu.



“Mak cik, saya tak cucuk bibir.

“Saya overline (lukis lebih garisan) bibir saya semasa pakai gincu sahaja,” katanya ringkas pada individu terbabit dalam ruangan komen.

Respons tersebut diberikan terhadap seorang individu yang menyuarakan pertanyaan apabila melibat perubahan pada bentuk bibir perlakon tersebut.

“Intan ini cucuk bibir ke?” soal individu tersebut.



Sementara itu, kebanyakan netizen menyokong Intan dan turut mengkritik tindakan individu.

“Mak cik itu perlu banyak tonton video ‘tutorial make up’ supaya tak mudah tertipu dengan gambar.

“Kalau tak tahu pasal solekan, jangan pertikai muka orang lain,” kecam netizen pada individu itu.

Sebelum ini, netizen mempertikaikan foto yang memperlihatkan suami Intan iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman menggunakan tongkat kerana dianggap sekadar untuk bergaya.



Kata Intan, Ahmad Azraf bertongkat bukan kerana trend tetapi disebabkan kecederaan jatuh ketika melakukan aktiviti menunggang kuda. K Online

Intan Najuwa dituduh suntik bibir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker