Jaafar Onn meninggal dunia
Jaafar Onn meninggal dunia
Pelakon, pelawak dan pengacara veteran, Jaafar Onn meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah Serdang kira-kira 11.30 pagi tadi.
Berita pemergian Jaafar, 73, atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang disahkan anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim.
Hanif berkata, urusan pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan bersama keluarga arwah, lapor Berita Harian.
Katanya, Jaafar ditahan di wad hospital itu sejak kelmarin akibat pendarahan semasa membuang air besar.
Menurutnya, terdahulu doktor berusaha memberikan bantuan pernafasan selepas keadaan bapa angkatnya itu kritikal dan jantung terhenti, pagi tadi.
Sebelum ini, Jaafar mengakui mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu.
Susulan itu, Jaafar berkata dia perlu menjalani beberapa prosedur rawatan di hospital untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan kesihatannya yang merosot, sejak tahun lalu. FMT
Jaafar Onn meninggal dunia
Baca Artikel Menarik:
- Telur Netanyahu bengkak
- Gigi Hadid kantoi minta Starbucks
- Neelofa, PU Riz semakin ‘rosak’ di media sosial
- Nabi pun tak panggil orang kafir itu kafir – UAI (Video)
- Search rakam lagu raya buat kali pertama
- Roy perlu bantuan, ibu jari kaki dah reput
- Saya tak nak gaduh – Shidee
- Zafrul letak jawatan bendahari Umno Selangor
- Ini tujuan pembunuh dari Israel datang ke Malaysia
- Isu tolak perkataan Kafir, Menteri Pendidikan mohon maaf
- Influencer fitnah peniaga, penganjur Bazar Ramadan buat laporan polis
- Kes Jana Wibawa: Muhyiddin tarik ‘handbrake’ di Mahkamah Persekutuan
- Akmal pertahan MB Johor isu kesesakan di Tambak Johor
- Masalah air selesai lagi 3 tahun? Cukup lah perbodohkan rakyat Kelantan
- Terbaik Putin, LGBT kini dianggap sebagai pengganas di Rusia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin