MPV Shahrul sukar tidur dapat panggilan jumpa KPN
MPV Shahrul sukar tidur dapat panggilan jumpa KPN
“Bila dapat panggilan KPN nak jumpa, malam tu saya tak boleh tidur,” kongsi Muhamad Nur Shahrul, 32, seorang anggota polis yang juga pempengaruh media sosial dengan lebih 328,000 pengikut di TikTok.
Terkenal dengan akaun Tik Tok, @mpv_shah antara empat anggota menerima penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN) Razarudin Husain semalam kerana sikap berani dan khidmat bakti kepada masyarakat.
Shahrul yang mula aktif di platform Tik Tok sejak Jun tahun lalu berkongsi pengalamannya membantu orang awam ketika menjalankan tugas sebagai koperal sokongan di Unit Cawangan Kereta Peronda, Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.
“Mula-mula nak buat Tik Tok, takut sebab kita ni anggota polis tapi (fikir) nak buat kebaikan (teruskan juga),” beritahu Shahrul kepada Razaruddin dalam pertemuan di pejabatnya di Bukit Aman semalam.
Razarudin berkata tidak salah anggota polis aktif di media sosial bagi memaparkan tugasan sebenar pasukan di lapangan dan menjadi contoh kepada pihak lain.
“Bukan kita tunjuk benda tak baik… (aktif di media sosial) supaya bagi orang tahu perkara baik yang kita (polis) buat dan untuk dicontohi oleh orang lain,” katanya dalam satu klip video dimuat naik Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tiga anggota lain turut menerima plak penghargaan adalah Mohamad Khairul Annuar, 32, Mohamad Hazieril Hanif, 31, dan Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel, 25, yang bertugas di Balai Polis Wangsa Maju.
Anugerah itu atas jasa tiga lans koperal berkenaan menyelamatkan dua beranak dalam kebakaran di sebuah pangsapuri Wangsa Maju pada 18 Mac lalu.
Tambah Shahrul, beliau tidak menyangka tugasan hariannya dalam membantu masyarakat mendapat perhatian pegawai nombor satu dalam PDRM.
“Sebab tu saya bila di bawah (lapangan) saya buat benda-benda macam tu saya fikir KPN ni orang yang sokong kita… pekerja yang bagus ni kebanyakannya sebab bos yang bagus.
“‘No 1’ bagus automatik yang bawah akan jadi bagus,” katanya yang mempunyai lebih 328,000 pengikut dan 4.4 juta tanda suka setakat hari ini.
Menjengah di ruang komen, kebanyakan warganet mencadangkan Shahrul yang bertugas sebagai koperal sokongan diserap ke perjawatan tetap.
Mohd Shukri berkata: “Setuju dan sokong jasa anggota bawahan dijulang dan didendang seperti ini. Ianya akan menjadi suntikan semangat motivasi pada anggota lain amnya.”
Warga maya turut memuji komitmen dan keprihatinan ketua polis negara yang dilihat merendah diri dengan anggota bawahan.
“Belum ada sejarah dalam PDRM penyerahan surat penghargaan diberi oleh KPN secara peribadi di pejabatnya. Syabas!,” tulis Ahmad Zaini. FMT
MPV Shahrul sukar tidur dapat panggilan jumpa KPN
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.