Israel buat pusingan U, minta diatur semula pertemuan dengan Amerika

Israel buat pusingan U, minta diatur semula pertemuan dengan Amerika

Israel melakukan pusingan U dengan meminta pertemuan dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) dijadualkan semula bagi membincangkan rancangan ketenteraannya di bandar Rafah, selatan Gaza, kata seorang pegawai AS, pada Rabu.

Permintaan itu dibuat Israel hanya beberapa hari selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu secara tiba-tiba membatalkan rundingan yang dirancang.

Netanyahu membatalkan lawatan delegasi kanan Israel ke Washington selepas AS membenarkan kelulusan resolusi gencatan senjata Gaza di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada 25 Mac lalu.

Keputusan AS berkecuali itu sekali gus membolehkan resolusi diluluskan dan dilihat sebagai petunjuk kekecewaan AS yang semakin meningkat terhadap Perdana Menteri Israel.

Pegawai AS berkata, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bingung dengan pembatalan Israel dan menganggapnya sebagai tindak balas keterlaluan terhadap resolusi Majlis Keselamatan, sambil menegaskan tiada perubahan dalam dasar.

Pada Rabu, seorang pegawai AS pula memberitahu, pejabat Netanyahu “telah berkata mereka ingin menjadualkan semula mesyuarat yang didedikasikan untuk Rafah. Kami kini bekerjasama dengan mereka untuk menetapkan tarikh yang sesuai.”

Netanyahu sedang mempertimbangkan untuk menghantar delegasi menghadiri mesyuarat di Rumah Putih seawal minggu hadapan tetapi penjadualan masih diuruskan, seorang pegawai Israel di Washington memberitahu REUTERS dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklum balas yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri Israel.

Pusingan U itu dibuat selepas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengadakan “perbincangan yang konstruktif” sejak dua hari lalu dengan pegawai kanan AS di Washington, kata pegawai itu.

Rundingan yang dirancang itu dijangka memberi tumpuan kepada serangan terancam Israel di Rafah, tempat perlindungan terakhir yang agak selamat untuk orang awam Palestin di Gaza.

Minggu lalu, Rumah Putih menyatakan hasrat untuk berkongsi dengan pegawai Israel tindakan alternatif untuk menghapuskan pejuang Hamas tanpa serangan darat di Rafah yang dilihat Washington akan menjadi “bencana.” BH

Israel buat pusingan U, minta diatur semula pertemuan dengan Amerika

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker