Fenomena Lahaina Noon di Putrajaya

Fenomena Lahaina Noon di Putrajaya

PUTRAJAYA: Orang ramai teruja menyaksikan fenomena Lahaina Noon yang memperlihatkan bayang-bayang seluruh dunia menghala tepat ke menara Masjid Putra, di sini, tiga minit sebelum azan zohor hari ini.

Pelajar doktor falsafah (PhD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Raihana Zainal Abidin, 36, mengaku julung kali melihat fenomena itu selepas mengetahuinya daripada pensyarah.

Katanya, beliau hadir seawal jam 12.30 tengah hari bersama dua anak perempuan yang turut teruja untuk menyaksikan fenomena sangat menarik itu.

“Masyarakat Islam juga wajar mengambil peluang ini untuk menentukan arah kiblat yang betul,” katanya ketika ditemui.

Fenomena Lahaina Noon berlaku dua kali setahun dengan meliputi kawasan yang terletak antara garisan Sartan dengan Jadi.

Secara geografi asas, Sartan atau Tropic of Cancer dan lawannya, iaitu Jadi atau Tropic of Capricorn, masing-masing terletak di garisan latitud 23 darjah Utara dan 23 darjah Selatan.

Kedua-duanya adalah had lingkungan maksimum zenith dan turut berlaku di Makkah apabila matahari melintasi tepat atas Kaabah yang dirujuk falak sebagai Istiwa A’dzam.

Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amir Haziq Dewa Safri, 21, pula berkata beliau tidak mengetahui fenomena itu sehinggalah menyaksikannya sendiri, hari ini.

Beliau juga amat teruja kerana berpeluang melihat dan mempelajari perkara baharu mengenai kejadian istimewa itu. BH

Fenomena Lahaina Noon di Putrajaya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker