Resepi Biskut Dam Rangup

Resepi Biskut Dam Rangup

Resepi Biskut Dam yang sungguh ranggup dan sedap. Rahsia untuk mendapatkan biskut yang rangup dan mudah dibentuk adalah memasukkan doh ke dalam freezer selamat beberapa minit.

Jumlah hidangan 40 biji.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk doh vanilla:

100g mentega
65g gula kastor
1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
220g tepung kek, ayak
1 sudu kecil esen vanilla
Bahan-bahan untuk doh coklat:
100g mentega
65g gula kastor
1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
190g tepung kek
30g serbuk koko
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk doh vanilla:

Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.

Cara-cara untuk doh coklat:

Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.

Cara untuk biskut dam:

Susun kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.
Susun kepingan coklat-vanilla-coklat.
Sejukkan kembali di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dan potong doh yang disusun tadi doh setebal 1 m. Pastikan potong dengan sama rata.
Ambil 3 keping doh yang dipotong tadi dan susun bertindan secara berselang seli. Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.
Sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal 1 cm. Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas parchment.
Panaskan oven pada suhu 150°C. Bakar biskut selama 15-20 minit.

Tip:

Bancuhan doh biskut ini sangat lembut, dan tujuan penyejukkan ialah supaya doh rehat dan senang dibentuk. Apabila dalam keadaan sejuk, potongan biskut dan akan menjadi cantik dan tepat.
Kredit : Che Nom

Resepi Biskut Dam Rangup

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker