Seragam Pengakap Malaysia baharu selepas 63 tahun

Seragam Pengakap Malaysia baharu selepas 63 tahun

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) memperkenalkan pakaian seragam baharu yang terdiri daripada baju berwarna ‘emerald sea’ dan seluar (aspen green).

Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Datuk Dr. Mohd. Zin Bidin berkata, pakaian seragam itu disifatkan lebih menarik dan efektif dengan reka bentuk baharu sejajar dengan perkembangan dunia pengakap moden pada era ini.



Menurutnya, keputusan menukar pakaian seragam adalah satu langkah yang efisien bagi memastikan pertubuhan itu sentiasa relevan dan dinamik dalam menyokong pembangunan golongan muda.

Katanya, pertukaran pakaian saragam baharu antara lain dapat membendung penjualan haram pakaian seragam yang semakin berleluasa di pasaran.

“PPM sentiasa proaktif dalam memastikan pergerakan kepengakapan negara terus bergerak selari dengan peredaran zaman.

“Sejak diasaskan di negara ini pada tahun 1908, pergerakan pengakap melalui pelbagai fasa evolusi dan perubahan bagi memastikan ia terus relevan dan dinamik dalam melahirkan pemimpin masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan.



Mengulas lanjut, Mohd. Zin berkata, langkah menukar pakaian seragam itu juga dibuat selepas 63 tahun tidak tampil dengan pakaian seragam baharu.

“PPM dengan sukacitanya mengumumkan pertukaran warna pakaian seragam kepada warna yang lebih segar dan moden yang dinamakan Pakaian Seragam Pengakap No. 3.

“Pakaian seragam baharu ini adalah lambang identiti dan kebanggaan bagi setiap ahli PPM. Oleh itu, adalah penting bagi kita semua untuk menghargai dan memelihara pakaian seragam ini dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, PPM akan memberi kelonggaran kepada ahli untuk menggantikan pakaian seragam lama kepada yang baharu secara berperingkat.



“PPM ingin menekankan bahawa pelaksanaan pertukaran pakaian seragam ini tidak akan membebankan ibu bapa atau ahli.

“Proses ini akan dilaksanakan secara berfasa, dan pakaian seragam lama masih boleh digunakan dalam tempoh peralihan iaitu tiga tahun lagi,”maklum Mohd. Zin. K Online

Seragam Pengakap Malaysia baharu selepas 63 tahun

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker