Rafizi perlu jawab isu PADU pada Jemaah Menteri – Anwar

 

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli diminta memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berhubung isu pendaftaran Pangkalan Data Utama (Padu) minggu depan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata ia susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg mengenai sistem itu.



“Semalam saya sempat bincang dengan premier Sarawak dan beliau menyuarakan beberapa kebimbangan serta membangkitkan beberapa persoalan.

“Sehubungan itu, menteri ekonomi diminta meneliti dan menjelaskannya kepada Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan kerajaan negeri Sarawak agar pendaftaran dan kemas kini Padu di negeri itu ditangguhkan.

Perdana menteri ditemui pemberita selepas mengadakan jelajah mesra di Bazar Ramadan Mahkota Square , yang turut disertai Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.



Media hari ini melaporkan Kementerian Ekonomi akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri Sarawak minggu depan bagi membincangkan isu pendaftaran Padu.

Rafizi berkata arahan penangguhan pendaftaran Padu itu adalah bagi membolehkan Sarawak memperoleh penjelasan daripada Kementerian Ekonomi berdasarkan beberapa pandangan susulan mesyuarat Jemaah Menteri negeri itu.

Mengulas permintaan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri ini, Anwar yang juga menteri kewangan berkata pihaknya telah meluluskan insentif RM2,000 kepada penjawat awam sebelum ini.

“Kita baru lulus RM2,000 pada tahun lepas, kemudian dalam beberapa bulan (nanti) kita akan luluskan skim persaraan (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) untuk naikkan gaji, jadi kita kena lihat konteks itu,” katanya.



Cuepacs baru-baru ini memohon agar tradisi bantuan khas perayaan yang dilaksanakan sepanjang 10 tahun lepas dikekalkan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker