Ini punca mengapa pelajar dipukul sampai mati di Kolej Vokasional

Siasatan polis mendapati isu kehilangan wang menjadi punca perselisihan faham antara penghuni asrama sebuah kolej vokasional hingga mengakibatkan kematian seorang pelajarnya yang berusia 17 tahun semalam.

Ketua Polis Lahad Datu Rohan Shah Ahmad berkata ia berikutan dua pelajar masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa kemudian dituduh sebagai pencuri seterusnya mengakibatkan perselisihan faham itu.

“Mangsa kemudian dipukul hingga mati. Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya menerusi kenyataan.



Semalam dilaporkan mangsa yang dikenali sebagai Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di atas lantai bilik asrama pada 6.50 pagi, dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan

Sementara itu, Rohan berkata 13 pelajar berumur antara 16 hingga 19 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut semalam, telah direman enam hari.

“Polis turut merampas 12 telefon pintar milik suspek bagi membantu siasatan dan semua suspek didapati bebas penyalahgunaan dadah,” katanya.

Beliau berkata polis turut mengambil keterangan 12 saksi bebas terdiri daripada empat warden asrama, pengawal keselamatan serta beberapa pelajar kolej terbabit.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker