Kematian pelajar di asrama, polis ‘kutip’ 13 pelajar kolej vokasional

Polis menahan 13 pelajar lelaki selepas seorang lagi pelajar ditemui mati di bilik asrama sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah pagi tadi.

Ketua Polis Lahad Datu Rohan Shah Ahmad berkata pelajar lelaki berusia 17 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian badan, lapor Bernama.

Rohan berkata, pengarah kolej berkenaan membuat laporan selepas menemui pelajar lelaki itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik asrama pada 6.50 pagi.



Katanya, pegawai perubatan yang memberikan rawatan kecemasan kemudiannya mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Tambahnya, polis percaya kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang juga penghuni asrama berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis menahan 13 pelajar lelaki berusia antara 16 hingga 19 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis turut merampas satu alat pengecas telefon pintar dipercayai berkait dengan siasatan kes,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.



Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

Stay current – Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

“Polis meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan pihak polis juga sedang menjalankan siasatan secara terperinci secara telus,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker