Tak patut tular gambar stoking kalimah Allah – Bos Mydin

Tak patut tular gambar stoking kalimah Allah – Bos Mydin

Tokoh peruncitan Ameer Ali Mydin mengkritik tindakan menularkan gambar stoking tertera kalimah Allah sehingga ia menjadi polemik yang menyentuh hubungan kaum dan agama.

Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab, pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad berkata individu berkenaan seharusnya berhubung terus dengan pihak pengurusan kedai serbaneka KK Mart.



“Sepatutnya individu itu bila dah nampak benda tak kena, panggil pengurusan KK Mart dan maklumkan perkara itu salah supaya produk itu boleh dikeluarkan daripada rak mereka.

“Bukan tularkan perkara ni dan jadikan ia lebih parah,” katanya kepada FMT, merujuk kepada tindakan memuat naik gambar stoking tertera kalimah Allah di media sosial.

Perkongsian itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam dan mencetuskan gesaan untuk memboikot rangkaian kedai serbaneka itu, termasuk dari beberapa pemimpin politik.

Sebelum ini, kilang yang terbabit dengan kontroversi stoking itu menutup operasi sehari selepas pihak pengurusan menyatakan kebimbangan mengenai kebocoran data peribadi pegawai syarikat serta ancaman mahu membakar premis itu, lapor Berita Harian.



Malaysiakini hari ini melaporkan aplikasi mudah alih KK Mart digodam dengan perkataan “Amaran Terakhir”.

Dalam pada itu, seorang penceramah bebas, Firdaus Wong, yang dipanggil polis sebagai saksi bagi membantu siasatan, meminta undang-undang sentiasa dipatuhi.

“Saya minta sahabat semua agar tidak mengambil tindakan sendiri. Semarah mana pun kita, jangan ambil tindakan membelakangkan undang-undang,” katanya di Instagram.

KK Mart sebelum ini memaklumkan ia mendapat bekalan stoking itu daripada Xin Jian Chang Sdn Bhd, yang sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang kerana kecuaian terhadap pembekalnya di China. Xin Jian Chang berkata apabila ia menghubungi pembekal untuk mendapatkan penjelasan, pembekal mengakui stoking itu dimasukkan ke dalam stok yang dibeli “secara tidak sengaja”.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Suhaily Zain berkata empat kertas siasatan dibuka berkait kes stoking itu. Sebanyak 143 laporan polis dibuat dan 174 saksi dipanggil untuk diambil keterangan.

Katanya, kertas siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. FMT

Tak patut tular gambar stoking kalimah Allah – Bos Mydin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker