Bakar 23 penghuni tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mahkamah Persekutuan tolak rayuan pembunuh

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir seorang pemuda berusia 22 tahun yang disabitkan atas kesalahan membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran, tujuh tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas menolak rayuan perayu selaku penama pertama.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan.



Pemuda berkenaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tahun lalu yang mengekalkan perintah supaya dia kekal ditahan di penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Pada 11 September 2023, Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa penama pertama bukan sahaja bertanggungjawab memulakan kebakaran, malah mengetahui perbuatannya boleh menyebabkan bencana tubuh kepada 23 mangsa dalam kejadian menyayat hati itu.

Panel itu turut berpendapat, keterangan pihak pendakwaan sebegitu kuat bahawa penama pertama adalah pihak yang bertanggungjawab memanjat pagar belakang tahfiz untuk memulakan kebakaran.

Hakim Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan keempat-empat elemen bagi mensabitkan pemuda itu terhadap semua pertuduhan.



Pada 28 Januari 2020, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan penama kedua tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya.

Pada 17 Ogos 2020, Hakim Datuk Azman Abdullah bagaimanapun mendapati penama pertama bersalah dan mengenakan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong kerana perayu yang ketika itu berusia 16 tahun adalah pesalah kanak-kanak.

Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun, namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-dua mereka yang ketika kejadian berusia 16 tahun didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju antara jam 4.15 pagi dan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker